Ticker

6/recent/ticker-posts

TANGGUH PERJALANAN BALIK KE SABAH

Gambar hiasan


Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi menasihati mana-mana individu yang ingin pulang ke Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa supaya menangguhkan rancangan sekiranya perjalanan balik ke Sabah dan sekiranya tidak dapat ditangguhkan, individu terbabit diingatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.

Melaui laporan oleh Bernama, individu yang melakukan perjalanan ke Sabah mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, menjaga kebersihan tangan dan mengamalkan etika batuk yang betul. Mereka juga perlu memastikan saringan gejala dan suhu badan dibuat di pintu masuk.

JKNS juga masih giat menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Dr Christina berkata Pejabat Kesihatan Penampang bersama agensi berkaitan bertungkus-lumus memastikan pelajar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu diurus dengan baik termasuk mengambil sampel di pintu masuk seterusnya menilai kesesuaian penempatan kuarantin.

Sabah mencatatkan satu kluster baharu dalam kalangan pelajar IPT apabila tiga pelajar IPT tempatan disahkan positif COVID-19, setakat ini.

Tiada pertambahan kes baharu direkodkan di Sabah setakat semalam, dan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di negeri ini kekal sebanyak 330 kes.

Pada 26 Mac, kerajaan Sabah mengeluarkan arahan kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan bagi semua individu dan pelajar dari luar negara yang masuk secara terus ke Sabah.

Post a Comment

0 Comments