Ticker

6/recent/ticker-posts

6 SJR DI TAWAU DITUTUP, 3 SJR KEKAL

TAWAU; 06 MEI 2020 (Rabu) - Sebanyak enam Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah Tawau yang dibuka bagi tujuan menyekat rantaian COVID-19 bermula arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 mac lepas akan ditutup bermula esok, manakala tiga lagi SJR akan dikekalkan.



Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, tiga SJR yang akan dikekalkan iaitu SJR di lokasi Kilometer 50 Jalan Tawau - Semporna, SJR Simpang Jambatan Putih dan SJR di RCP Kalabakan.

Bagaimanapun, katanya, ada kemungkinan SJR di RCP Kalabakan akan dipindahkan ke lokasi baharu di Maliau Basin.

Manakala 6 SJR yang akan ditutup iaitu SJR Jalan Tiku, SJR Batu 2 Jalan Apas, SJR Jalan Kuhara, SJR Jalan Tawau Lama, SJR Jalan Utara dan SJR Jalan Tanjung Batu.
Kesemua enam lokasi SJR tersebut akan ditutup bermula 8 pagi esok, manakala semua anggota yang terlibat di SJR berkenaan akan ditugaskan bersama Team Pematuhan atau Op Payung.

#BESTAWAUfm

Post a Comment

0 Comments