Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT KES SEMBUH PERTAMA COVID-19

Statistik rasmi telah dikeluarkan hari ini dan sedikit berita gembira untuk daerah Tawau apabila mencatat 1 kes sembuh COVID-19. Namun begitu, terdapat pertambahan 1 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan untuk daerah Tawau ialah sebanyak 63 kes.



Selain itu, jumlah kes sembuh COVID-19 juga telah meningkat untuk seluruh sabah iaitu sebanyak 23 kes. Jumlah kematian masih kekal dan sama-sama kita doakan tiada pertambahan bilangan kes kematian.

Patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 dengan duduk dirumah. Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran bazar ramadhan selagi Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Namun beigtu, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan telah tamat, Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan standard operasi prosedur (SOP) berkaitan bazar Ramadan ini selepas perintah itu berakhir. [Sumber]

Oleh itu, kita masih mempunyai peluang untuk pergi ke bazar ramadhan, bersolat terawih dan solat hari raya di masjid sekiranya kita semua sama-sama mematuhi arahan kerajaan untuk tidak keluar dari rumah serta mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.