Ticker

6/recent/ticker-posts

PPM TAWAU GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK 5-RIBU KILOGRAM KETAM HIDUP BERNILAI HAMPIR SETENGAH JUTA RINGGIT

INFO BES TAWAUfm



TAWAU; 16 APRIL 2020 (Khamis) - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 5-ribu kilogram ketam hidup dianggarkan bernilai lebih 400-ribu ringgit dari negara jiran Indonesia, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail berkata, hasil pemantauan di perairan Tawau, pihaknya menahan dua bot jongkong dikemudi dua juragan masing-masing seorang warga tempatan berumur 21 dan bukan warganegara 39 tahun, dipercayai dari Sungai Nyamuk Indonesia menuju ke muara sungai Tawau Lama, kira-kira pukul 3.05 pagi. 

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Pangkalan Polis Marin Wilayah 4 di Tawau.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot jongkong, terdapat 250-kotak mengandungi ketam hidup yang setiap kotak dianggarkan seberat 20-kilogram.

Pihaknya dimaklumkan ketam hidup itu untuk tujuan eksport dengan harga 80-ringgit sekilogram.
Semua rampasan termasuk enjin dan bot jongkong yang dianggarkan bernilai 482-ribu ringgit diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, DSP Mohd Nazari berkata, sepanjang PKP dikuatkuasakan, tangkapan tersebut merupakan kes yang pertama seumpamanya.

Kedua-dua tangkapan juga akan disabit kesalahan di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selain ditahan di bawah PKP 2020.
#BESTAWAUfm

[Sumber]