Ticker

6/recent/ticker-posts

POLIS BERPUAS HATI SIKAP PENDUDUK TAWAU DALAM TEMPOH PKP

Berdasarkan satu laporan daripada MalaysiaGazette, Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penduduk di Tawau, Sabah yang merupakan salah satu kawasan dikategorikan Zon Merah kini mencapai 95 peratus.



Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata beliau berpuas hati dengan sikap masyarakat di situ pada PKP fasa kedua ini meskipun sebelum ini tular gambar di media sosial menunjukkan masih ramai yang tidak patuh perintah kerajaan dengan memenuhi kawasan tumpuan ramai khususnya pasaraya. Tetapi, tren terkini menunjukkan jumlah kenderaan yang memasuki pusat bandar khususnya semakin berkurang.

Berdasarkan pemantauan dan pemerhatian kenderaan yang memasuki sekatan jalan raya semakin kurang, memang ada yang dibenarkan lalu dengan alasan munasabah ada juga yang diarahkan balik dan mereka mematuhi arahan tersebut. Selain itu, orang di pusat bandar semakin berkurang, bila anggota polis berada di zon tertentu khasnya zon tumpuan, orang ramai mendengar nasihat polis. Kenderaan-kenderaan yang masuk pusat bandar pun sudah tidak banyak.

Semalam dilaporkan sebanyak 6 kes positif Covid-19 baru direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini di negeri itu adalah 266.

Untuk rekod pada 30 Mac yang lalu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal mengklasifikasikan Tawau sebagai kawasan Zon Merah Covid-9 di Sabah.

Ini berikutan Tawau menyumbang kepada peningkatan besar jumlah kes positif Covid-19 selain 25 kawasan di negeri lain.

Berdasarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) sehingga hari ini, sebanyak 71 kes positif wabak itu di Tawau

[Sumber]