Ticker

6/recent/ticker-posts

KEBAKARAN KABEL, TAYAR DAN BELUKAR DI JALAN TIKU

INFO BES TAWAUfm

TAWAU; 13 APRIL 2020 (Isnin) - Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau berjaya memadam kebakaran kabel, tayar dan belukar berkeluasan tujuh ekar di sebuah kilang Tayar di Jalan Tiku, pagi tadi.

Ketua BBP Tawau, Zulbada Alior yang dihubungi pemberita RTM berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 9.37 pagi, sepasukan 10 anggota respon ke lokasi menggunakan sebuah jentera. 

Beliau berkata, sebaik tiba, anggota Bomba kemudian memulakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 4 pancutan air tangki jentera dan pili bomba.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran kemudian ditamatkan pukul 1.07 tengah hari.



#BESTAWAUfm

[Sumber]