Ticker

6/recent/ticker-posts

PENINGKATAN JUMLAH KES SEMBUH COVID-19 DI TAWAU DAN KUNAK MANAKALA LD HAMPIRI ZON MERAH

Setakat ini, jumlah kes sembuh COVID-19 di Tawau telah meningkat kepada 5 orang dan daerah terdekat dengan Tawau iaitu Kunak seramai 8 orang dilaporkan sembuh dan telah discaj.


Namun begitu, bilangan kes positif COVID-19 di Tawau meningkat kepada 67 jumlah kes apabila hari ini 4 kes baru dilaporkan manakala Lahad Datu meningkat sebanyak 2 kes kepada jumlah 38 orang. Ini agak menggusarkan kerana jika terdapat pertambahan kes di daerah Lahad Datu pada hari-hari mendatang, Lahad Datu akan dimasukkan dalam Zon Merah sama seperti Tawau.

Oleh itu, marilah sama-sama untuk tetap tinggal dirumah dan putuskan rantaian COVID-19 agar bukan saja daerah Tawau, malah semua daerah di Sabah segera bebas COVID-19.