Ticker

6/recent/ticker-posts

120 RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI NUNUKAN

Utusan Borneo hari ini melaporkan kira-kira 120 rakyat Malaysia kini terkandas di Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia. Rakyat Malaysia yang terkandas ini merayu pertolongan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu mereka masuk ke Sabah melalui Tawau.


Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu, semua pintu masuk dan terminal feri telah ditutup. Tambah membimbangkan lagi apabila Nunukan telah mencatat 4 kes positif COVID-19.

Menurut salah seorang rakyat yang terkandas, Ahmad Rizamsyah Mohd Noor, Nunukan kini diisytiharkan Zon Merah oleh pemerintah KALTARA dan mereka juga turut tertekan kerana egelintir masyarakat di sini yang skeptikal dan melabel kami seperti penyebar virus walaupun kami keluar dari Sabah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi.

Selain itu, mereka juga bimbang dengan sindiket penipuan di sana kerana mereka turut ditipu calok di Makassar semasa dalam perjalanan dari Sulawesi Barat, dan menumpang di rumah warga Tarakan sebaik tiba di pulau terbabit.

Usaha sedang giat dijalankan dan Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata ada memaklumkan kepada mereka bahawa Ketua Menteri turut prihatin dan akan bertungkus-lumus membawa kami pulang ke tanahair.

Mereka juga merakamkan ucapan terima kasih Kerajaan Negeri, pemimpin prihatin termasuklah Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman, Asdar Sulaiman, dan semua kenalan yang membantu.

Sama-sama kita berdoa supaya mereka segera di bawa pulang dengan selamat. Memang perit sebenarnya kerena kos yang perlu ditanggung bukanlah sedikit. Diharap semuanya cepat berakhir.