Satu gambar tukar di Facebook hari ini menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kesihatan selain beberapa agensi berkawal di sebuah pintu masuk utama PPR Taman Harmoni Sandakan.
Menurut informasi yang kami dapatkan, langkah itu susulan ada penduduk di kawasan terbabit yang dipercayai dikesan positif Covid-19, namun setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan dari mana-mana pihak sama ada PPR itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Setakat semalam (4 Mac 2020), Sandakan mencatatkan jumlah keseluruhan 19 kes positif COVID-19 dengan 5 kes sembuh. Sebelum itu, 15 orang jemaah ditangkap di 2 buah masjid di Sandakan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sama-sama kita doakan semoga penduduk PPR Taman Harmoni Sandakan dijauhi dari COVID-19.