Ticker

6/recent/ticker-posts

JALAN RAYA SEKITAR TAWAU MENGHALA KE BANDAR SESAK

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 akan berakhir sehari lagi dan kita akan memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 bermula 15 April 2020 sehingga 28 April 2020. Namun begitu, jalan raya di sekitar Tawau menghala ke bandar masih sesak dengan kenderaan.

Berdasarkan satu posting pada laman Facebook BESTawauFM memaparkan gambar keadaan jalan raya di Jalan Apas, Jalan Damai dan beberapa jalan-jalan lain menghala ke bandar sekitar pukul 10 pagi tadi kelihatan agak sesak dengan kenderaan.









Sekiranya anda perlu keluar, pastikan anda patuhi penjarakkan sosial yang sepatutnya dan memakai topeng muka. Sebolehnya, elakkan keluar sekiranya tidak ada urusan yang penting.