Ticker

6/recent/ticker-posts

MUIS PERKENAL APLIKASI 'SNAPNPAY' UNTUK BAYAR ZAKAT FITRAH

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Majlis Ugama Islam Sabah telah memperkenalkan satu aplikasi untuk memudahkan warga Sabah untuk membayar zakat secara atas talian. Ini berikutan penambahan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 12 Mei 2020 dan tidak menolak kemungkinan lanjutan sehingga selepas raya, orang ramai boleh membayar zakat ini secara dalam talian sahaja.


Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Play Store untuk telefon bimbit Android ataupun App Store untuk telefon bimbit Apple. 

Anda hanya perlu buka aplikasi SnapNPay dan imbas QRCode berikut. Selepas itu, masukkan jumlah yang hendak dibayar dan aplikasi tersebut akan membawa anda ke paparan FXPay. Pastikan anda mempunyai akaun perbankan internet untuk melakukan transaksi ini.

*Kemaskini pada 9.20 PM / 24 April 2020.