Ticker

6/recent/ticker-posts

KONTRAKTOR TELEKOM MAUT, MOTORSIKAL DI TUNGGANG TERBABAS

INFO BES TAWAUfm



TAWAU; 24 APRIL 2020 (Jumaat) - Seorang kontraktor Telekom Malaysia (TM) maut selepas motorsikal jenis Yamaha LC135 yang di tungganginya terbabas sendiri dalam kejadian awal pagai tadi di Bulatan Jalan Air Panas Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa lelaki berumur 30 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital ditempat kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi.

Katanya, mangsa yang hanya bersendirian dipercayai menunggang motorsikalnya dari arah Taman Semarak menuju ke kediamannya dan semasa di tempat kejadian mangsa telah hilang kawalan dan terseret sejauh 29 meter sebelum terbabas ke dalam bulatan Jalan Air Panas.

Sementara itu motorsikal di tunggang mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


#BESTAWAUfm