Ticker

6/recent/ticker-posts

10 TAHANAN PTS MENGGATAL MELARIKAN DIRI

Berdasarkan mesej yang tular di media sosial dan laman Facebook Sabahan.FM, 10 tahanan daripada Pusat Tahanan Sementara Menggatal berjaya meloloskan dan melarikan diri. 


Menurut maklumat, kesemua tahanan yang melarikan diri berpakaian biasa dan tidak berkasut meloloskan diri melalui pagar belakang Pusat Tahanan Sementara Menggatal pada kira-kira pukul 3.50 petang. Orang ramai dan penduduk kampung disekitar Menggatal diminta berhati-hati dan sekiranya terserempak dengan orang yang mencurigakan, sila laporkan kepada balai polis berhampiran.