Ticker

6/recent/ticker-posts

DUA PATI DITAHAN MILIKI LEBIH 600-GRAM SYABU DI SEBATIK

INFO BES TAWAUfm

TAWAU; 23 APRIL 2020 (Khamis) - Polis berjaya menahan dua lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas 601.15 gram dadah jenis syabu bernilai 36-ribu ringgit di kawasan pintu masuk utama Ladang Teck Guan Sendirian Berhad di Pulau Sebatik Tawau, selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, kedua-dua suspek itu ditahan selepas motosikal dinaiki dikesan mencurigakan oleh sepasukan Polis dari Balai Polis Bergosong semasa membuat intipan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10 malam.

Pemeriksaan lanjut keatas motosikal yang dinaiki menemui sebuah kotak berbungkus plastik hitam yang didalamnya mengandungi satu bungkus plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Menurut ACP Peter, Polis turut merampas motosikal yang digunakan dan tiga telefon bimbit milik kedua-dua suspek.

Katanya, kedua-dua suspek berumur 41 dan 39 tahun itu kini direman sejak semalam untuk siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama kerana Positif Methapetamine dan Amphetamine.

Katanya, mereka turut disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) 2020 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut, ACP Peter berkata, pematuhan masyarakat terhadap PKP di Tawau masih 95 peratus.

Sehubungan itu, beliau menasihati agar orang awam sentiasa mematuhi Peraturan yang dikuatkuasakan termasuk enam pembahagian Zon yang ditetapkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau bagi mengelakkan orang ramai tertumpu di kawasan bandar.

Katanya, orang ramai perlu berada di Zon masing-masing dan dibolehkan keluar ke zon lain untuk mendapatkan keperluan asas dan kemudahan atau perkhidmatan lain yang tiada di zon yang ditetapkan.

#BESTAWAUfm







[SUMBER]