Ticker

6/recent/ticker-posts

8 REMAJA SEKOLAH ANTARA 14 INDIVIDU DITAHAN BERJUDI DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 27 APRIL 2020 (Isnin) - 8 remaja bersekolah antara 14 individu ditahan sepasukan polis kerana berjudi serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Teck Guan, Jalan Segama Lahad Datu, jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, kesemua yang ditahan menerusi Operasi Dadu atau COVID-19 kira-kira pukul 10 malam itu termasuk seorang perempuan berumur diantara 13 hingga 26 tahun.

Beliau berkata, mereka telah melakukan suatu perbuatan cuai yang dikhuatiri  akan merebakkan jangkitan virus COVID-19 selain berada di tempat awam tanpa pengecualian yang sah di bawah Warta PKP.

Katanya, Polis turut merampas wang tunai berjumlah 7-ringgit, 56 keping kad Domino dan 52 keping daun terup.

Menurut ACP Nasri, kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2020.


#BESTAWAUfm

[SUMBER]