Ticker

6/recent/ticker-posts

PENDUDUK JAKARTA TERKEJUT TERIMA BANTUAN MAKANAN 'NASI ANJING'

JAKARTA - Penduduk Tanjung Priok, Jakarta Utara terkejut menerima bantuan makanan berlauk tertera logo kepala anjing disertai tulisan 'nasi anjing, nasi orang kecil, bersahabat dengan nasi kucing'.


Ketua Pesuruhjaya Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus mengesahkan perkara itu berkata, agihan makanan itu dilakukan di sekitar Masjid Babah Alun, Warakas, Tanjung Priok, Jakarta Utara semalam.

"Akibatnya, penerima bantuan marah dan kecewa kerana menerima makanan tersebut," katanya kepada Detik News.


Jelasnya, penduduk rasa dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan memberi bungkusan makanan dipercayai isinya adalah daging anjing.

"Mereka juga mempersoalkan tujuan individu memberi makanan itu kepada Muslim.

"Polis telah lakukan siasatan kepada tiga orang saksi dan menyita barang bukti untuk mengetahui siapa pengirim makanan tersebut.

"Kita juga melakukan pemeriksaan makmal mengenai jenis daging apa yang terkandung dalam bungkusan tersebut," ujar Yusri.