Statistik yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan penurunan kes aktif di Tawau dengan hanya berbaki 20 kes. Berita yang agak gembira apabila daerah Kunak dan Semporna mencatatkan kes sembuh sepenuhnya dengan seratus peratus kes sembuh.
Kunak dan Semporna kini termasuk dalam daerah kategori zon hijau kerana tidak ada kes aktif.
Diharapkan lebih ramai yang akan sembuh di daerah Tawau dan mengikuti langkah Kunak dan Semporna dengan sifar kes aktif.