Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU TOP 10 KES COVID-19 DI MALAYSIA

Seperti yang kita ketahui berdasarkan statistik petang semalam (26 Mac 2020), jumlah kes positif COVID-19 di Tawau telah meningkat kepada 50 jumlah keseluruhan. Ini menjadikan Tawau berada dalam kedudukan 10 teratas kes positif COVID-19 di Malaysia dan hampir ke kategori Zon Merah.


Keadaan ini sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan sikap segelintir warga Tawau yang masih enggan duduk diam di rumah dan masih keluar walaupun tiada urusan penting. Perkara ini boleh menyebabkan Tawau akan dimasukkan kedalam zon merah apabila kes positifi COVID-19 semakin meningkat dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat akan dilaksanakan seperti mana di 2 bandar di daerah Simpang Renggam, Johor.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Tawau, perkara berikut akan terjadi:
  • Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
  • Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.
  • Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
  • Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
Kerajaan tidak ada masalah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat di Tawau, namun bersediakan kita sekiranya ianya dilaksanakan?

Berikut juga adalah kawasan zon hijau sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak 2 minggu lepas.


Terdapat 10 daerah di Sabah yang mencatat sifar kes positif COVID-19. Oleh itu, kita digalakkan untuk melaksanakan solat sunat hajat selepas solat Zohor pada hari ini (27 Mac 2020).

Sama-samalah kita bedoa agar dijauhkan dari segala bencana dan musibah COVID-19 ini cepat berlalu pergi.