Ticker

6/recent/ticker-posts

PESAKIT DALAM SIASATAN (PUI) COVID-19 BUNUH DIRI DI HOSPITAL SERDANG

Seorang pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19 dijumpai mati di bilik mandi wad 7D Hospital Serdang pada Jumaat malam. Pesakit terbabit disyaki membunuh diri.

Difahamkan, bahawa mayat pesakit tersebut ditemui oleh seorang jururawat yang kemudiannya segera memaklumkan kepada Jabatan Keselamatan Hospital Tersebut.

Menurut Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, yang berusia 62 tahun ditahan di hospital pada jam 2.30 petang pada 26 Mac lepas.

Setelah menerima laporan daripada pihak hospital, polis telah bergegas ke tempat kejadian. Para petugas terpaksa membuat peralatan perlindungan peribadi (PPE) sebelum menganalisis tempat kejadian dari jarak yang selamat.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sidang media oleh Ketua Pengarah Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah mengesahkan bahawa ujian COVID-19 pesakit tersebut adalah negatif. 

Sementara itu, kes positif COVID-19 di Sabah telah meningkat sebanyak 15 kes dan yang mana terdapat 4 Kenaikan di daerah Tawau manakala Daerah Keningau mencatat kes pertama kes COVID-19 pada hari ini.


Kami juga menerima banyak gambar melalui Whatsapp yang mana menunjukkan orang ramai berpusu-pusu keluar di beberapa pasaraya dan pasar utama di Tawau. Kami tidak mahu memberi sebarang komen kerana mungkin ada sebab penting, namun begitu ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda terpaksa keluar ke kawasan tumpuan orang ramai.