Ticker

6/recent/ticker-posts

2 LELAKI DI SABAH DI PENJARA DAN 110 INDIVIDU TELAH DI TAHAN INGKAR ARAHAN PKP

Berdasarkan sidang media oleh Menteri Pertahanan, sebanyak 110 tangkapan oleh pihak polis telah dibuat kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.


Tindakan yang lebih tegas akan di ambil kerana menurut Menteri Pertahanan, masih terdapat individu yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

HMETRO juga melaporkan kerajaan bakal melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih tegas dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) peringkat kedua bermula 1 hingga 14 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, diharapkan dengan penguatkuasaan tegas itu maka selepas 14 April tidak perlu dilanjutkan lagi PKP.

Sementara itu, 2 lelaki menjadi individu pertama di Sabah didenda dan dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana menghalang anggota polis yang menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan Berita Harian Online, kedua-dua tertuduh Yong Tze Hou, 26, pekerja di restoran milik keluarganya dihukum penjara 10 bulan manakala Injimar Abu Gafar, 33, dikenakan denda RM6,000 atau penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Keputusan itu dibuat oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.


Untuk hari ini, terdapat 2 kenaikan kes untuk negeri Sabah yang mana masing-masing 1 kes untuk daerah Tawau dan Kota Kinabalu menjadikan keseluruhan sebanyak 172 kes. Terdapat 1 kes pesakit COVID-19 telah sembuh sepenuhnya di daerah Sandakan.


Kementerian Kesihatan Malaysia juga melaporkan terdapat 2 kakitangan KKM di Sabah iaitu dari hospital Tawau dan Hospital Ranau disahkan positif COVID-19 dan jumlah keseluruhan di kakitangan KKM di Malaysia yang positif COVID-19 adalah sebanyak 80 orang.


Sama-sama kita patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan supaya kita dapat mengurangkan lagi penambahan kes positif COVID-19 di negeri ini dan mendoakan leih banyak pesakit sembuh sepenuhnya.