Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU DISENARAI ZON MERAH COVID-19

Berdasarkan tweet oleh KKMPutrajaya, Tawau kini disenaraikan sebagai ZON MERAH (BAHAYA) untuk kes positif COVID-19.



Dengan jumlah bilangan kes positifi sebanyak 57, Tawau berada di tempat ke-10 bilangan kes terbanyak di Malaysia.


Ini merupakan satu perkembangan yang merisaukan. Bilangan kes dijangka semakin meningkat sekiranya kita masih tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat akan dilaksanakan.

Pastikan juga sekiranya anda terpaksa keluar rumah untuk urusan penting, jarakkan diri 1 meter daripada orang lain. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas segala urusan atau gunakan hand sanitizer. Juga amalkan pembeliaan dan pembayaran dalam talian.