Ticker

6/recent/ticker-posts

MILIKI X70 HASIL DARIPADA MENGEMIS

 


Sri Jaya, Maran, 21 Februari 2024

Operasi membanteras pengemisan telah dijalankan untuk membasmi aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran. Dari kejauhan, mata penonton tertuju kepada seorang lelaki Melayu berjubah dan berkopiah yang berdiri di bawah celahan payung peniaga pasar malam. Tangannya yang kecil tidak seperti tanggannya yang normal, menahan sebuah beg kertas sambil meminta simpati dari orang yang lalu lalang.

Pegawai penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran menghampiri lelaki tersebut dengan bertanya mengenai tujuan permintaannya. Namun, lelaki itu tidak menjawab. Seolah-olah dia pekak dan bisu. Di dalam beg kertasnya, terdapat kepingan-keping duit kertas, hasil sumbangan pengunjung pasar malam. Meskipun Penguatkuasa JKM berulang kali meminta kad pengenalan untuk rekod operasi, namun tiada respons dari lelaki tersebut. Setelah didesak, akhirnya lelaki itu memberi jawapan. Ternyata, dia bukanlah pekak dan bisu. Hanya sahaja dia memiliki kecacatan fizikal (OKU) pada kedua-dua belah tangannya.

Lelaki tersebut mengatakan bahawa kad pengenalan ada di dalam keretanya. Penguatkuasa JKM mengikuti lelaki itu ke keretanya. Dan percayalah, lelaki yang tadi hanya meminta sedekah atas kekurangannya, memandu sebuah Proton X70 Premium.

Siasatan lanjut dijalankan oleh penguatkuasa JKM. Lelaki itu tinggal di Balok, Kuantan, dan melakukan aktiviti pengemisan di pasar-pasar malam. Semakan juga mendapati beliau menerima elaun pekerja OKU dari pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Dia juga mengakui bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya. Menurutnya, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisan boleh mencecah sehingga RM500.00 bagi tempoh 4-5 jam berada di pasar-pasar malam. Lelaki tersebut kemudian dilepaskan dengan amaran oleh penguatkuasa JKM setelah hasil semakan mendapati ini merupakan kesalahan kali pertamanya di daerah ini. Dia juga diminta menandatangani surat akujanji jaminan tidak akan mengemis seperti yang termaktub dalam Perintah Tetap Operasi.

Tidak salah untuk bersedekah, tetapi bersedekahlah kepada orang dan tempat yang betul.

GAMBAR DAN LAPORAN ASAL : JKM MARAN





Post a Comment

0 Comments