Ticker

6/recent/ticker-posts

2 LELAKI WARGA INDONESIA "HILANG" DIDALAM HUTAN DI TAWAU SEJAK 24 JUN


TAWAU: Seorang pekerja ladang kelapa sawit dan anak saudaranya masih hilang hampir seminggu sejak mereka pergi memburu di dalam hutan berhampiran Ladang OP 6A Usahawan Borneo Brumas, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata, dua warga Indonesia yang dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan Al Fajriada, 11, telah pergi memburu bersama enam lelaki lain pada jam 4 petang (24 Jun) tetapi berpisah.

“Keesokan harinya, enam rakan mangsa berkumpul dan menunggu di luar kawasan hutan sejak jam 9 pagi, namun sehingga jam 2 petang, kedua-duanya masih gagal keluar.

“Jarak lokasi memburu dari jalan utama lebih kurang 40 km dengan anggaran masa perjalanan selama dua jam menggunakan pacuan empat roda; keenam-enam lelaki ini kemudiannya memaklumkan kepada keluarga dan rakan lain untuk mendapatkan bantuan mencari dua mangsa,” katanya di sini hari ini.

Champin berkata, laporan mengenai kehilangan mangsa diterima pada 28 Jun (Rabu), selepas itu operasi mencari dan menyelamat segera diaktifkan.

“Ketika ini, usaha mencari mangsa di kawasan hutan sedang giat dijalankan melibatkan polis dan bomba dan penyelamat serta pekerja ladang berkenaan,” katanya. - Bernama

SUMBER: THE STAR

Post a Comment

0 Comments