Ticker

6/recent/ticker-posts

KANAK-KANAK LEMAS SELEPAS JATUH KEDALAM LONGKANG

 


TAWAU (10 Jan): Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ribut di rumahnya di Kampung Rawa-Rawa, Jalan Kuhara di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika budak lelaki itu sedang mandi seorang diri di luar rumahnya.

Jasmin berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas ibu saudara mangsa membuat laporan polis menyatakan anak saudaranya lemas selepas terjatuh ke dalam longkang.

Anggota Pertahanan Awam membawa mayat budak itu keluar dari longkang dan dihantar ke hospital Tawau untuk bedah siasat, kata Jasmin.

Tambahnya, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SUMBER: THE BORNEO POST

Post a Comment

0 Comments