Ticker

6/recent/ticker-posts

MESSI RAIKAN KEMENANGAN PIALA DUNIA MENJADI GAMBAR PALING BANYAK 'LIKE' DI INSTAGRAM

Galeri Lionel Messi meraikan kemenangan Piala Dunia Argentina telah menjadi siaran Instagram paling banyak mendapat tanda suka (like).

Beberapa jam selepas menyiarkannya, pemain bola sepak itu menerima lebih daripada 65 juta suka - dan bilangannya semakin meningkat.

Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir Ahad di Qatar - kemenangan Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 36 tahun.

Selepas perlawanan akhir Piala Dunia, Guinness World Records mencatatkan satu siri rekod yang dipecahkan oleh Messi, dengan menyatakan Messi telah mengatasi pemain Jerman Lothar Matthäus untuk rekod bermain perlawanan Piala Dunia terbanyak, dengan 26 penampilan - serta empat rekod lain:

11 - anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Piala Dunia terbanyak

19 - penampilan aksi Piala Dunia sebagai kapten terbanyak

5 -  penampilan terbanyak dalam kejohanan Piala Dunia oleh pemain lelaki

Orang pertama yang membantu (jaringan gol) di lima Piala Dunia berbeza

Dengan kejayaan galeri terbarunya di Instagram, Messi mempunyai satu lagi rekod untuk ditambah kepada koleksinya.


Post a Comment

0 Comments