Ticker

6/recent/ticker-posts

CEMBURU MOTIF KES PEMBUNUHAN DI TAWAU


KOTA KINABALU: Pembunuhan pemandu e-hailing di ladang kelapa sawit di Tawau pada 13 Jan lepas membabitkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bermotifkan cemburu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata kes itu bersifat peribadi dan tidak menjejaskan keselamatan Sabah.

Tambahnya, tiga orang awam turut ditahan semalam bagi membantu siasatan.

“Polis sedang mengumpul bukti dan mengambil keterangan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Isteri mendiang, Nurima Juli, 33, penganggur, 33, semalam didakwa membunuh di mahkamah majistret Tawau mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34.

Dia didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang kelapa sawit dekat Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 malam dan 9 malam pada 13 Jan. --Bernama

Post a Comment

0 Comments