Ticker

6/recent/ticker-posts

AMARAN HUJAN DAN RIBUT PETIR SEHINGGA MALAM DI TAWAU DAN LAHAD DATU

 10 negeri dijangka hujan lebat hingga malam ini


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 3.40 petang meramalkan negeri berkenaan membabitkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah amaran dikeluarkan bagi daerah Baling dan tiga kawasan di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala di Kelantan membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, ia membabitkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala, Pahang di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Seterusnya, amaran sama dikeluarkan bagi Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Negeri Sembilan.

Di Johor membabitkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi manakala bagi Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Sebauh) dan Limbang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah iaitu Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

SUMBER: BHARIAN & METMALAYSIA

Post a Comment

0 Comments