Ticker

6/recent/ticker-posts

3 PAKEJ 1 LEBUHRAYA PAN BORNEO DIJANGKA SIAP MENJELANG HUJUNG TAHUN INI

Tiga pakej untuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan disiapkan menjelang akhir tahun, kata timbalan menteri



PAPAR (26 Sept): Tiga daripada 35 pakej untuk Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata dua daripada pakej itu ialah Pakej 27 yang melibatkan jalan sepanjang 8.1km dari Kampung Lot M ke Batu 32 Sandakan dan Pakej 21 iaitu 7km Lahad Datu Bypass.

“Pakej lain yang akan disiapkan tidak lama lagi ialah Pakej 5 melibatkan jalan sepanjang 11.39km dari Papar ke Penampang. Jalan ini 99.1% siap dan sudah mula dibuka kepada orang ramai.

“Hanya ada kerja-kerja kecil yang belum siap seperti pemasangan papan tanda jalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan Pakej 5 di sini pada Isnin (26 Sept).

Fasa Satu melibatkan 706km dari Sindumin ke Kota Kinabalu, kemudian seterusnya ke Kudat serta Tawau ke Batu 32 Sandakan ke Ranau.

Mengulas lanjut, Arthur berkata pelaksanaan beberapa pakej LPB Sabah lain berjalan lancar dan akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Sementara itu, mengenai kelewatan pelaksanaan beberapa projek LPB Sabah, beliau berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah itu, dengan yang utama ialah penularan wabak Covid-19.

“Kita semua tahu negara sedang berhadapan dengan penularan yang menyebabkan banyak perkara tertangguh termasuk LPB Sabah.

“Namun, ia tidak menjadi masalah kerana apa yang penting adalah pelaksanaan LPB Sabah mengikut skop kerja yang telah ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan orang ramai,” katanya.

SUMBER: THE EDGE

Post a Comment

0 Comments