Ticker

6/recent/ticker-posts

SYABU BERNILAI 1.65JUTA DI RAMPAS APMM TAWAU

 32-KILOGRAM SYABU BERNILAI 1.67-JUTA RINGGIT DIRAMPAS – APMM 


TAWAU; 05 JULAI 2022 (Selasa) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tawau berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah jenis syabu seberat 32-kilogram dengan anggaran nilai 1.67-juta ringgit ke negara jiran di sekitar perairan Kampung Inderasabah, malam tadi. 


Pengarah Maritim Zon Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, suspek bertindak membuang sebuah beg ke dasar laut dan memecut laju selepas menyedari aktiviti mereka di kesan pihak APMM semasa membuat rondaan OPS Sejahtera berhampiran lokasi berkenaan kira-kira pukul 11.10-malam.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas beg berkenaan, pihak APMM  menemui 32-paket bungkusan dengan label teh cina seberat 1 kilogram bagi setiap paket.


Katanya, ia merupakan rampasan dadah berprofile tinggi dalam tempoh tahun ini dan percaya dadah tersebut diproses di negara ini untuk pasaran luar negara.

Menurut beliau, Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Tambah beliau, APMM akan terus memperkasakan operasi  bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

sumber - APMM / FB TawauSyurga

Post a Comment

0 Comments