Ticker

6/recent/ticker-posts

JUAL MINYAK MASAK PEKET SUBSIDI HARGA RM3.50 - PENIAGA BERDEPAN DENDA RM1 JUTA

Gambar fail: minyak masak peket subsidi

Berdasarkan laporan asal oleh ASTRO AWANI, seorang peniaga di Melaka berdepan denda sehingga RM1 Juta kerana menjual minyak paket subsidi pada harga RM3.40.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata dalam serbuan pada kira-kira 11 pagi tadi, peniaga berusia lingkungan 40-an itu turut dikesan memberi keutamaan kepada peniaga makanan membeli minyak peket tersebut berbanding pengguna lain.

Beliau berkata justeru, tindakan ke atas peniaga itu akan diambil mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntuk hukuman maksimum denda RM1 juta atau penjara tiga tahun bagi individu manakala bagi pertubuhan atau perbadanan, denda maksimum ialah RM 2 juta.

"Ketika serbuan dilakukan, seorang pegawai KPDNHEP kita menyamar sebagai pelanggan dengan berpakaian preman untuk membeli minyak masak peket tersebut dan ketika itu, minyak berkenaan tinggal sepeket sahaja.

"Minyak itu dijual pada harga RM3.50 sebungkus sedangkan harga yang ditetapkan kerajaan ialah RM2.50 sebungkus dan hanya boleh dijual kepada pengguna biasa bukannya kepada peniaga makanan," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Norena juga berkata premis itu antara 14 kedai runcit yang diserbu bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sentiasa mencukupi dan dijual pada harga ditetapkan menerusi kaedah penyamaran.

Serbuan itu dilakukan susulan aduan dan maklum balas pengguna di media sosial KPDNHEP berhubung kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak peket sekilogram di kawasan mereka.

Beliau berkata setiap pengguna hanya dibenarkan membeli tiga peket minyak itu dan peniaga atau peruncit perlu memastikan had yang ditetapkan tidak dilanggar.

"Pendekatan ini akan diteruskan di seluruh Melaka bagi memastikan setiap isi rumah mampu mendapatkan minyak masak bersubsidi itu.

"Pemborong serta peruncit yang menjual barang kawalan hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengawal bekalan yang telah dikeluarkan atau berdepan tindakan tegas sekiranya gagal mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan," katanya.

SUMBER: ASTRO AWANI

Post a Comment

0 Comments