Ticker

6/recent/ticker-posts

348 KES BARU DICATAT DI TAWAU


Kes baharu di Sabah terus melonjak ke paras yang amat tinggi. Hari ini jumlah kes baharu di Sabah ialah 2,413, 310 lebih tinggi dpd kelmarin (17/8). Jumlah kes hari ini termasuk keputusan saringan tertunggak (backlog) sebanyak 258 (10.7%). 


Daerah Kota Kinabalu mencatat 594, kes baharu penambahan 127 kes berbanding kelmarin, Tawau 348 (+93), Penampang 177 (+42), Tuaran 174 (-26), Sandakan 150 (-58), Keningau 153 (-10), Lahad Datu 125 (+47), Sipitang 82 (+47), Tenom 82 (+21), Kalabakan 47 (+39), Ranau 16 (-41) & Telupid 18 (-30).


Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes2 harian di Sabah, 1410 (58.4%), saringan bergejala 538 (12.3%) dan dpd kluster 233 (9.6%).


1363 (56.5%) orang daripada 2413 kes hari ini merupakan pesakit kategori 2, 1026 orang (42.5%) kategori 1, 11 orang dalam kategori 3, 3 orang dalam kategori 4 dan 5 orang dalam kategori 5.


Adalah juga dimaklumkan, setakat kelmarin, 48.4% penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 24.7% telah melengkapkan pengambilan dua dos.


Berikut adalah perincian kes untuk setiap daerah.


Kota Kinabalu 594 

Tawau 348 

Penampang 177 

Tuaran 174

Keningau 153 

Sandakan 150 

Lahad Datu 125 

Sipitang 82  

Tenom 82 

Kota Belud 81 

Papar 75 

Kalabakan 47

Beaufort 46

Putatan 42

Kinabatangan 36 

Kota Marudu 28 

Beluran 23 

Pitas 22 

Semporna 21 

Kunak 20 

Tongod 20 

Telupid 18 

Ranau 16 

Kudat 13 

Nabawan 9 

Kuala Penyu 6

Tambunan 5  



Post a Comment

0 Comments