Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: JUMLAH PENUMPANG IKUT HAD KAPASITI KENDERAAN BAGI INDIVIDU LENGKAP DIVAKSIN

Berdasarkan kemaskini 3 September 2021 SOP PPN FASA 2 NEGERI SABAH, jumlah had penumpang adalah mengikut kapasiti kenderaan bagi individu yang telah lengkap divaksinasi untuk kenderaan persendirian. Untuk individu yang belum lengkap divaksin, hanya dua orang wakil isi rumah yang dibenarkan untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat penokok diet dan keperluan asas.



Selain itu, untuk aktiviti perniagaan, semua pelanggan dan pekerja Supermarket dan Hypermarket yang telah lengkap divaksin dan berstatus risikonrendah COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera sahaja DIBENARKAN memasuki premis.



Butiran lanjut mengenai SOP terbaru boleh dimuat turun melalui telegram MKN Negeri Sabah


Post a Comment

0 Comments