Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT 18 KES BARU COVID19- PKPD DI PENJARA TAWAU DAN KUARTERS PENJARA TAMAN EHSAN

TAWAU; 24 JUN 2021 (Khamis) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau.


Sehingga kini, sebanyak 14 kes Positif COVID-19 telah direkodkan hasil daripada 66 ujian saringan yang telah dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 21.21%.


Pada masa sama, KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.


Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau,berkuat kuasa 26 Jun sehingga 9 Julai 2021.


Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.


Berikut adalah senarai lokaliti yang mencatatkan kes baru bagi daerah Tawau. 


1. Taman Semarak Megah – 1 kes 

2. Taman Kinabutan – 5 kes 

3. Kampung Tanjung Batu Darat – 1 kes 

4. Kampung Pasir Putih Baru – 2 kes 

5. Penjara – 3 kes

6. Kampung Jawa Lanut – 1 kes  

7. Kampung Hidayat Batu 4 – 1 kes 

8. Kampung Pisang – 1 kes  

9. Blok 11, Kampung Titingan – 1 kes 

10. Kampung Membalua – 1 kes 

11. Kampung Serudung Baru – 1 kes 



Post a Comment

0 Comments