Ticker

6/recent/ticker-posts

MAJLIS HARI JADI CETUS KLUSTER BARU DI TAWAU - KLUSTER SERUDUNG BARU

TAWAU; Kluster Serudung Baru, Tawau adalah kluster baharu di Mukim Balung, Daerah Tawau. 

Kluster ini berkait rapat dengan majlis hari jadi yang diadakan di rumah kes indeks dan dihadiri ahli keluarga pada 12 Jun 2021. 

Kes indeks merupakan warga emas, lelaki, 60-tahun disahkan Positif COVID-19 pada 16 Jun 2021 di Klinik Kesihatan Apas Balung, setelah bergejala sejak 13 Jun 2021. 

Susulan kes itu, saringan kontak pada 20 Jun 2021 mendapati sembilan individu dalam kalangan jemputan majlis terbabit dikesan positif. 

Setakat hari ini, sembilan lagi kes positif direkodkan menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 19 kes. 

Aktiviti pegesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Post a Comment

0 Comments