Ticker

6/recent/ticker-posts

PERLAKSANAAN AKTIVITI MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH PKPB NEGERI SABAH

Seperti yang kita ketahui, masjid dan surau telah dibenarkan beroperasi dan segala perlaksanaan aktiviti masjid dan surau sepanjang tempoh PKPB negeri Sabah hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


Untuk daerah yang berada di zon hijau dan kuning, kapastiti jemaah untuk solat 5 waktu adalah terhad kepada 40 orang manakala untuk solat jumaat, kapasiti jemaah adalah terhad kepada 1/3 ruang masjid atau surau.


Untuk daerah yang berada di zon jingga dan merah, kapasiti jemaah untuk solat 5 waktu adalah terhad kepada 30 orang manakala untuk solat jumaat, hanya terhad kepada 40 orang.


Selain itu, Masjid dan Surau TERPILIH dibenarkan untuk dibuka mengikut masa yang ditetapkan bagi orang awam dan musafir yang ingin melaksanakan SOLAT FARDHU. Jemaah diingatkan untuk menjaga disiplin diri dan sentiasa mematuhi SOP pencegahan Covid-19

Walau bagaimanapun, Aktiviti selain solat fardhu, Solat Jumaat dan membaca Yassin adalah tidak dibenarkan.

SUMBER: JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA COVID-19 NEGERI SABAH

Post a Comment

0 Comments