Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah, sekaligus membatalkan PRK Batu Sapi.
Perkenan darurat di Parlimen Batu Sapi mengambil iktibar daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga COVID-19. Agong prihatin keselamatan rakyat jelata ekoran daripada kenaikan mendadak kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 dan PRK Batu Sapi tidak akan diteruskan bagi mengekang, menghalang berlakunya gelombang keempat penularan wabak COVID-19.
Agong juga turut menasihati rakyat agar berdisplin mainkan peranan membantu kerajaan, pihak berkuasa membendung COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara. Agong dan Raja Permaisuri menzahirkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa COVID-19 dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan.
Satu tarikh lain akan ditetapkan untuk PRK Batu Sapi.
SUMBER: ISTANA NEGARA
0 Comments