Ticker

6/recent/ticker-posts

TIADA HAD MASA KELUAR - MENTERI KANAN KLUSTER KESELAMATAN

TIADA had masa bagi kenderaan persendirian bergerak selepas jam 10 malam termasuk dari daerah ke daerah.

KREDIT GAMBAR: SIDANG MEDIA RTM

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu melalui sidang media harian hari ini.

Melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperkasakan semua pergerakan kenderaan persendirian sudah dibebaskan.

"Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan.

"Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini," katanya.

Namun begitu, Negeri Sabah masih belum menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan kita masih menunggu kenyataan rasmi Kerajaan Negeri mengenai perkara ini.