Ticker

6/recent/ticker-posts

STESEN SANITASI KV TAWAU

Kolej Vokasional Tawau dengan usahasama Persatuan Peduli & Prihatin Rakyat Sabah serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian P191 Kalabakan akan melancarkan Stesen Sanitasi KV Tawau pada hari Jumaat 15/05/2020 bertempat di Pasar Tanjung Tawau.

Stesen sanitasi KV Tawau


Melalui usahasama ini, 2 unit stesen sanitasi automatik sepenuhnya akan diletakkan di pintu masuk Pasar Tanjung & Pasar Ikan utk kegunaan orang ramai sebagai satu usaha membendung penularan virus Covid19 khususnya menjelang musim perayaan & kegunaan sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

Justeru orang ramai yg mengunjungi Pasar Tanjung & Pasar Ikan Tawau digalakkan untuk menggunakan stesen sanitasi tersebut sebelum memasuki premis berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan KV TAWAU Sanitation Team, PPPPRS & PPBM P191 Kalabakan.

Post a Comment

0 Comments