Ticker

6/recent/ticker-posts

INFOGRAFIK COVID-19 NEGERI SABAH 11-13 MEI 2020

Laman Facebook Sabah Info telah mengeluarka satu infografik yang menerangkan mengenai keadaan semasa Kes Covid-19 yang naik mendadak dalam tempoh 3 hari ini di Negeri Sabah.



Berdasarkan kenyataan media oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, bermula 13 Mei 2020, berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi:

Semua Individu yang masuk ke negeri Sabah akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin (14 hari)

Sampel Ujian Swab akan diambil 

Semasa di Pusat Kuarantin, sekiranya keputusan pengesahan negatif, Pegawai Perubatan dan Kesihatan akan membuat penilaian kesihatan dan risiko, sekiranya didapati sihat dan risiko jangkitan adalah rendah, pegawai tersebut boleh memberi kebenaran untuk melengkapkan baki tempoh kuarantin di rumah.

Kebenaran kuarantin dirumah adalah tertakluk kepada kesesuaian infrastruktur rumah (Ambilkira faktor kesesakan dan risiko jangkitan kepada penghuni lain terutama golongan berisiko)

Selepas tamat tempoh kuarantin, Pejabat kesihatan akan mengeluarkan Borang Pelepasan Kuarantin

Sebagai tambahan, antara 11-33 Mei 2020, 13 kes positif COVID-19 dicatatkan di Sabah dan kluster IPT Sabah disenaraikan sebagai kluster aktif di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments