Ticker

6/recent/ticker-posts

SOLAT JEMAAH DI MASJID, SURAU JUMAAT DAN SURAU TERPILIH DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Sebentar tadi berlangsung sidang media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengenai Keputusan Solat Berjemaah di Masjid. Berdasarkan sidang media tersebut, Menteri telah mengumumkan bahasa solat jemaah di masjid, surau jumaat dan surau terpilih di wilayah persekutuan akan dibenarkan bermula esok (15 Mei 2020) selepas solat Jumaat.

Gambar kredit Sidang media RTM
Namun begitu, bilangan ahli jemaah yang dibenarkan adalah terhad kepada 30 orang sahaja. Selain itu, ahli jemaah diminta mematuhi penjarakkan sosial dimana jarak 1 meter hendaklah dipatuhi.

Jemaah juga diminta untuk mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri. AJK Masjid hendaklah memeriksa suhu badan jemaah serta mempersiapkan cecair pencuci tangan pada pintu masuk. Tidak ada perkumpulan selepas solat samaada didalam atau diluar masjid dan segala pergerakan keluar masuk hendaklah terkawal dan dalam keadaan tenang.

Terdapat beberapa negeri juga telah membenarkan aktiviti solat berjemaah, solat jumaat dan solat terawih dalam keadaan yang terkawal seperti negeri Perlis, Johor dan Perak.

Untuk rekod, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengeluarkan kenyataan media mengenai perlanjutan tempoh penangguhan aktiviti di masjid dan surau melibatkan aktiviti solat berjemaah dan solat jumaat di masjid dan surau sehingga 26 Mei 2020.

Post a Comment

0 Comments