Ticker

6/recent/ticker-posts

PRANK BERI MAKANAN SAMPAH KEPADA PONDAN, YOUTUBER INDONESIA DITANGKAP


Seorang Youtuber Indonesia Ferdian Paleka ditangkap kerana melakukan prank memberikan makanan sampah kepada sekumpulan pondan. Ferdian dikatakan merakan video terbabit untuk dijadikan konten akaun Youtube nya dengan tajuk “Prank Kasih Makanan ke Banci CBL”.



Melalui rakaman tersebut, Ferdian memasukkan batu bata dan sampah kedalam kotak mee segera dan kemudiannya kotak-kotak terbabit di berikan kepada sekumpulan pondan yang berada di tepi jalanan kawasan Bandung.

Video terbabit kemudiannya viral dan mendapat perhatian netizen di Indonesia. Beberapa orang penduduk warga Bandung menyerbu rumah Ferdian namun beliau tidak berada dirumahnya.

Ferdian kemudiannya memadam video berkenaan dan melakukan permohonan maaf melalui instagram stories. Ibunya juga turut kesal dengan perbuatan anaknya.

Polis Daerah Bandung telah melakukan operasi untuk menangkap Ferdian yang dikatakan telah melarikan diri dan akhirnya ditangkap di daerah Tangerang dalam perjalanan menuju ke Jakarta.

Post a Comment

0 Comments