KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Mohamad Ariff, usul tersebut diterima di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.
"Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Perkara 27 (3) menyatakan bahwa setiap pemberitahuan perlu disampaikan tidak kurang dari 14 hari terlebih dahulu kecuali jika atas nama menteri maka memadailah pemberitahuan dikeluarkan tujuh hari sahaja.
Ia juga menyatakan jika speaker berpuas hati dengan sesuatu notis itu setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.
[SUMBER]
0 Comments