Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMBUKAAN SEKTOR PERUNCITAN DAN MAKANAN, PENGANGKUTAN AWAM DAN REKREASI DAN RIADAH KESIHATAN DI TAMAN AWAM DI SABAH

Pada hari ini, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membenarkan beberapa lagi sektor untuk beroperasi mulai 09 Mei 2020.

A. SEKTOR PERUNCITAN DAN MAKANAN

Aktiviti yang dibenarkan di bawah Sektor Peruncitan dan Makanan serta rangkaian masing-masing adalah seperti berikut:

1) Aktiviti Peruncitan meliputi Kompleks membeli belah, Pasaraya/Pasaraya Besar, Departmental Store, Farmasi/Penjagaan Diri, Butik/Kedai Pakaian, Kedai Serbaneka/Mini Mart, Dobi (termasuk layan diri), Kedai Pakaian dan Aksesori Fesyen, Kedai Perabot, Kedai Emas, Kedai Elektrik dan Elektronik, Kedai Buku dan Alat Tulis, Kedai Handphone, Kedai Komputer, Kedai Hardware, Kedai Makanan Haiwan, Bengkel Kenderaan dan alat ganti, Kedai Cermin Mata dan Alat Optik dan lain-lain kedai/premis perniagaan runcit.

2) Aktiviti Makanan meliputi Perniagaan Berpremis merangkumi Restoran, Medan Selera / Pusat Penjaja, Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung) / Kiosk, Perniagaan / Penjajaan Tanpa Premis merangkumi Kenderaan Saji (Food Truck), Penjaja Beredar, Penjaja Tepi Jalan, Pasar Berbangunan merangkumi Pasar Awam Berbumbung, Pasar Tanpa Premis merangkumi Pasar Borong, Pasar Malam dan Tamu, Peruncitan / Serbaneka Makanan dan Minuman merangkumi Pasar Raya Mini, Kedai Runcit, Kedai Serbaneka dan lain-lain.

3) Pelaksanaan semua aktiviti dalam Sektor Peruncitan dan Makanan hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

B. SEKTOR PENGANGKUTAN AWAM

1) Aktiviti Pengangkutan Awam Darat dan Logistik meliputi perkhidmatan teksi, kereta sewa, grab, e-hailing, bas, keretapi, terminal (bas & teksi) dan logistik darat pelabuhan.

2) Aktiviti Pengangkutan Awam Maritim meliputi perkhidmatan pelabuhan, jeti persendirian, jeti awam (penumpang dan barangan), feri penumpang/ro-ro domestik (Menumbok/Labuan & Kudat/Pulau Bangi), dan bot penambang; (Menumbok/Labuan).

3) Semua aktiviti sokongan yang berkaitan dengan Sektor Pengangkutan Awam adalah dibenarkan.

4) Pelaksanaan semua aktiviti dalam Sektor Peruncitan dan Makanan hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.

C. REKREASI DAN RIADAH KESIHATAN DI TAMAN AWAM

1) Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri juga membenarkan aktiviti rekreasi dan riadah Kesihatan di Taman-Taman Awam.

2) Pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri juga ingin memaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk aktiviti dan rangkaiannya di peringkat luar bandar telahpun dibenarkan beroperasi sejak 07 Mei 2020.

Kerajaan Negeri menyeru rakyat di negeri ini untuk terus mengamalkan kawalan kendiri, kebersihan, kesihatan diri dan keluarga serta sentiasa menghormati orang lain semasa berurusan di luar.
Sekian.

YAB KETUA MENTERI SABAH
09 MEI 2020 
11.00 PAGI




Post a Comment

0 Comments