Ticker

6/recent/ticker-posts

RAMPASAN ROKOK DAN MINUMAN KERAS TIDAK BERCUKAI DI SIMPANG SAPI NANGOH BELURAN

Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan berjaya merampas 84-ribu 160 batang rokok dan 2 botol minuman keras tidak bercukai di Jalan Simpang Sapi Nangoh, Beluran, tengah hari semalam. 

Pegawai Memerintah PGA Batalion 15, Toipi Lamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu anggota yang bertugas di kawasan tersebut telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan terbabit menemukan beberapa kotak yang dipercayai berisi rokok seludup dan beberapa botol minuman keras tidak bercukai.

Nilai rampasan termasuk kenderaan terbabit dianggar bernilai seratus 67 ribu 551-ringgit 20-sen. Barang rampasan dan tangkapan kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut.






Post a Comment

0 Comments