Ticker

6/recent/ticker-posts

100 HINGGA 150 PENGGUNA JALAN RAYA BERI ALASAN TIDAK MUNASABAH DIARAH PULANG SETIAP HARI DI SJR JALAN APAS

TAWAU; 04 MEI 2020 (Isnin) Kira-kira 100 hingga 150 pengguna jalan raya memberi pelbagai alasan tidak munasabah ketika pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Batu 2 1/2  Jalan Apas, Tawau.


Ketua Bahagian Jenayah Komersial, Ibu Pejabar Polis Daerah (IPD) Tawau, ASP Suryanshah Sudin berkata, alasan tersebut dicatat hampir setiap hari sehingga ada di antaranya diarah balik oleh pihak polis dan angkatan tentera yang bertugas di SJR tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM sebelum bersahur di lokasi SJR batu 2 1/2 Jalan Apas awal pagi kelmarin. 

Bagaimanapun menurutnya, pematuhan terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin menunjukkan peningkatan selepas 3 fasa PKP yang kini memasuki fasa ke empat sehingga 12 mei ini.

Dalam pada itu mengenai kesiapsiagaan dan ketersediaan anggota dari segi mental dan fizikal ketika melaksanakan tugas termasuk berbuka puasa dan bersahur pada bulan ramadhan.

ASP Suryanshah berkata, semua anggota menunjukkan disiplin diri yang tinggi dengan sentiasa menjadikan tugas dan tanggungjawab sebagai paling utama demi memastikan pendemik Covid-19 dapat dikekang penularannya.

Jelasnya, sepanjang bulan ramadhan anggota dibekalkan makanan dan minuman yang sedia lengkap dan berbuka puasa serta bersahur secara bergilir. 

Sementara itu anggota petugas dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditemui berkata, meskipun ada diantara mereka melalui pengalaman kali pertama berbuka atau bersahur tanpa keluarga, namun ia adalah perkara biasa berikutan semua petugas juga ibarat satu keluarga.

Krew RTM yang turut berada di lokasi juga rasa sebak apabila menyaksikan sikap bersyukur anggota keselamatan dengan sajian makanan ala kadar yang disediakan kepada mereka.


#BESTAWAUfm