Ticker

6/recent/ticker-posts

KASTAM ZON SABAH TUMPAS PENGEDARAN ROKOK SELUDUP LEBIH 1.6-JUTA RINGGIT

LAHAD DATU; 04 MEI 2020 (Isnin) - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Zon Sabah melakar kejayaan Besar tahun ini dengan menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup dan merampas rokok pelbagai jenama dengan taksiran cukai bernilai lebih 1.6 juta ringgit di Lahad Datu.



Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Hj Jaapar dalam kenyataan berkata, kejayaan itu hasil maklumat anggota Risikan Zon Sabah apabila sebuah lori yang sarat dengan muatan rokok berjaya ditahan di Jalan Silam pada 28 April lepas kira-kira pukul 2.45 petang. 

Beliau berkata, semasa penahanan dilakukan, pemandu lori Warga tempatan berumur 27 tahun berkenaan memaklumkan bahawa muatan yang ada pada lori terbabit adalah barangan pos laju.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut keatas lori menemui 1-juta 740-ribu 800-batang rokok pelbagai jenama bernilai 173-ribu 440-ribu ringgit. 

Katanya, rokok seludup terbabit yang dibawa masuk dari Tawau untuk dipasarkan di Lahad Datu serta lori dengan anggaran nilai 30-ribu ringgit itu dirampas untuk siasatan dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Menurut Datuk Abdullah, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, penyeludup menggunakan kaedah penghantaran barangan pos bagi mengaburi perhatian pihak berkuasa. 

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut kepada setiap individu yang terlibat dalam aktiviti terbabit.



#BESTAWAUfm