Happy Bank Crew adalah NGO yang ditubuhkan untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik. Tadi, kami terjumpa satu tweet daripada happy bank dimana mereka telah menyalurkan bantuan kepada golongan buruh kasar dan pekerja di kilang kayu. Mereka ini hanya menerima gaji harian dan tiada pendapatan untuk membeli barang keperluan serta masih mempunyai anak kecil.
Terima kasih Happy Bank Crew dari kami warga Tawau. Semoga Tuhan memudahkan urusan kalian sebagaimana kalian mempermudahkan urusan mereka yang susah ini.