Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMUDA LDP TAWAU AGIHKAN 7 TAN SAYUR KEPADA LEBIH 5000 KELUARGA

Dikala arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini memasuki fasa ke 2 dan disambung lagi untuk fasa ke 3, Liberal Democratic Party Youth Tawau telah mengambil inisiatif dengan membantu mengagihkan sayuran kepada warga Tawau.



Berdasarkan posting terbaru daripada lelaki bernama Lim Ting Khai, walaupun cuaca panas 2 hari berturut-turut, mereka tetap mengagihkan lebih 7 tan sayuran kepada 5000 keluar di 81 taman.



Dua hari berturut-turut cuaca panas, 7 ton kubis bulat, berjalanan 81 taman, kali ini lebih daripada 5,000 keluarga mendapatnya.
Kami tahu bahawa semua orang sangat sukar dan tidak berdaya selama tempoh kini, beberapa keluarga juga kehilangan peluang pekerjaan atau bahkan mengalami kesulitan kewangan. Oleh sebab itu, saya berharap pengagihan bebas dari kubis bulat ini dapat membantu penduduk di Tawau pada masa ini, tanpa mengira kaum, agama dan semua orang. Semua orang mengalami kesukaran ini bersama-sama.
Di sini saya sangat berterima kasih kepada kawan kawan peniaga dan petani sayuran untuk bantuan mereka dan team pasukan kami. Dalam cuaca panas, mereka melayani setiap rumah tanpa sebarang aduan dan syarat. Dalam berjalanan program ini, kami telah dikejar oleh anjing, dan mengusik kami menghantar kubis bulat dan lain lain. Sekali lagi, Saya amat berterima kasih atas sumbangan anggota pasukan saya
#林侹民意
#TogetherWeLagiStrong
#BukanAlangAlang
#KitaJagaKita

Walaupun pelbagai cabaran yang mereka tempuhi seperti di kejar anjing dan di "usik" hanya memberi sayur kubis bulat sahaja, ini tidak melemahkan semangat mereka dalam meneruskan misi mengagihkan sayuran tersebut.





Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Lim Ting Khai, Liberal Democratic Party Youth Tawau dan pasukannya kerana saling berkongsi rezeki dikala ramai yang memerlukan. Sedikit sebanyak sumabangan ini mampu meringankan beban kepada yang memerlukan.

Usaha murni yang patut di puji.