Ticker

6/recent/ticker-posts

SERVAY & PARKWELL CAWANGAN TAWAU PERKENAL SERVIS "SELF PICKUP" DAN "DRIVE-THROUGH"

Seperti yang kita sedia maklum, COVID-19 telah membataskan pergerakan kita dalam melaksanakan aktiviti seharian. Berikutan penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, Servay & Parkwell Cawangan Tawau telah memperkenalkan perkhidmatan self pick up dan drive-through.




Melalui perkhidmatan ini, anda boleh membeli barangan keperluan harian tanpa perlu bersesak dengan orang ramai. Pembelian dalam talian (online) boleh dibuat melalui laman web Servay & Parkwell di https://servayonline.com.

Anda sudah tidak perlu lagi berbaris panjang. Hanya perlu pilih barang, bayar dan pilih samaada ambil sendiri ataupun penghantaran ke rumah.

Boleh rujuk laman web https://servayonline.com/pages/how-to-purchase untuk panduan membeli barangan menggunakan perkhidmatan ini.