Ticker

6/recent/ticker-posts

POLIS PASANG KAWAT DURI, LELAKI TEMPATAN LANGGAR PENUTUPAN JALAN DITAHAN

TAWAU; 29 APRIL 2020 (Rabu) - Polis mengambil langkah drastik memasang kawat duri di Jalan Masjid Tawau selepas tular di media sosial seorang lelaki yang memandu sebuah pacuan empat roda melanggar penutupan jalan untuk melalui jalan terbabit, pukul 1.50 tengah hari tadi.


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas yang dihubungi pemberita RTM berkata, pemasangan kawat duri itu bagi memberi peringatan tegas kepada orang awam bahawa jalan itu tidak boleh dilalui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, susulan itu, seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 3 petang atas kesalahan melanggar PKP.

Menurut ACP Peter, kes disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.3) 2020 dan Seksyen 26(2) Akta Polis1967.


#BESTAWAUfm

[SUMBER]